Get to know me~

 


Asalamualaikum! Saya, hamba Allah ditandakan dengan nama sementara iaitulah Nazirah binti Ibrahim. Dilahirkan pada 27 Februari 1997, berusia 23 tahun. Dilahirkan dan dibesarkan di Seri Manjung, Perak. Sekarang, saya merupakan pelajar semester 2, ISMP Reka Bentuk dan Teknologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Cita-cita saya untuk menjadi seorang pendidik sudah pun berakar di dalam hati. Lama saya tanam impian ini bagi mencapai misi yang saya simpan sejak beberapa tahun lalu.

Bercakap mengenai hobi, sejujurnya saya suka membaca dan mencuba pelbagai makanan. Setiap hari, saya akan terapkan 30 minit hingga 1 jam untuk membaca. Dalam waktu ini, saya akan letakkan phone dalam mod silent dan letakkan ditepi. Saya akan membaca apa sahaja buku yang dapat memberikan motivasi dan positive vibes. Kebanyakkan buku yang saya baca adalah hasil perkongsian daripada blogger yang saya minati. Gambar dibawah antara buku-buku menarik yang sempat saya baca.

kredit gambar : twiter @MaisarahMahmud

Selain itu, saya juga sangat suka makanan 😂 dan saya akan cadangkan makanan tersebut kepada keluarga dan rakan terdekat😆. Saya suka hampir kesemua makanan pelbagai bangsa. Memandangkan saya berbangsa Malbari, saya juga suka makanan tradisi kaum saya sendiri iaitu pathri yang biasanya dihidangkan bersama kari ayam. Cara pembuatannya agak rumit, jadi pathri ini biasa lakukan pada waktu tertentu seperti hari raya atau majlis-majlis istimewa.


Jika makanan melayu saya lebih suka seperti masak lemak cili api, sambal belacan dan sebagainya atau dalam erti kata lain, makanan yang pedas :D

Saya juga suka makanan seperti mee tarik, wantan, dumpling, sushi dan banyak lagi.





Selain itu, saya juga suka menjahit manik. Pernah pada waktu lapang, saya ambil upah menjahit manik. Upah yang saya pernah dapat dalam sehari ialah RM160. Memang seronok, tapi mata letih sikit :D

Setakat itu dulu saya kongsikan sedikit mengenai kisah saya 😊 InsyaAllah ada kesempatan, saya menulis lagi 😉

XOXO!

 






Post a Comment

0 Comments