KUMPULAN 1 : PENGURUSAN MURID



Pengurusan merupakan suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jadi di dalam topik ini, membincangkan mengenai sudut pengurusan murid dari segi jenis rekod, konsep kesediaan murid, motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinik kepada murid serta teknik Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan, kita dapati bahawa menguruskan rekod murid merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Selain itu, dari segi kesediaan belajar ia juga berkait dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Bukan itu sahaja, motivasi pelajar dapat diberikan dengan menetapkan matlamat, mengambil berat, penglibatan pelajar dan memenuhi keperluan pelajar. 

Antara jenis-jenis rekod murid :
1. Rekod Kedatangan
2. Rekod Pendaftaran
3. Rekod Kutipan Yuran
4. Rekod Profil
5. Rekod Prestasi 

Dalam erti kata lain, pengurusan murid juga merupakan pengurusan pembelajaran murid dimana guru harus mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai kesimpulan, guru perlulah mengambil berat akan persediaan murid untuk belajar dari pelbagai segi. Guru juga perlu memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka. 



Post a Comment

0 Comments