KUMPULAN 2 : PENGURUSAN BILIK DARJAH



Tujuan kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui definisi sebenar pengurusan bilik darjah, strategi pengurusan bilik darjah dari segi fizikal, emosi, tingkah laku, pengurusan pembelajaran dan pengurusan sosial, kesan pengurusan yang tidak sistematik dan pelaksanaan pengurusan bilik darjah abad ke-21. 

Bercakap mengenai pembelajaran abad ke-21, antara elemen yang perlu ada ialah penglibatan ibu bapa di dalam sekolah. Percaya atau tidak, penglibatan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dilakukan, dapat membantu pencapaian anak-anak lebih cemerlang. Selain  itu, di dalam pelaksanaan pengurusan bilik darjah abad ke-21, ia perlu mempunyai ruang pembelajaran untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan murid dapat bergerak dengan baik.

Secara keseluruhan, pengurusan fizikal bilik darjah sangat penting untuk memastikan keadaan dalam bilik darjah kemas dan teratur. Jadi pelajar dapat belajar dengan lebih baik dan memperoleh ilmu yang berkualiti. Bukan itu sahaja, dengan strategi pembelajaran yang lebih efektif, para pelajar akan lebih semangat dan dapat fokus dengan baik . 




https://drive.google.com/file/d/1T8eVKQ2bQtoMLgOGGZjMUMUu5qCO6v9s/view?usp=sharing 

Post a Comment

0 Comments