KUMPULAN 3 : PENGURUSAN SUMBER


Objektif kajian kali ini ialah untuk mengkaji mengenai pengurusan sumber, mengenal pasti konsep pembelajaran berasaskan sumber, memahami peranan dan fungsi sumber pembelajaran serta mengaplikasikan kemahiran mengakses sumber pembelajaran. 

Sumber terbahagi kepada primer, sekunder dan tertier. Ia boleh jadi suatu bahan untuk membantu dalam pembelajaran untuk dijadikan sebagai rujukan. Peranan dan fungsi sumber pembelajaran ia dapat membantu pelajar untuk memahami dengan lebih dalam mengenai teori atau konsep yang disampaikan. Jika menggunakan teknik rakaman, ia dapat menarik minat pelajar untuk kekal fokus dengan lebih lama kerana cara penyampaian yang menarik. Contoh yang kita ada sekarang, seperti Astro Tutor Tv. Selain itu, guru juga dapat membantu pelajar dalam mencari maklumat yang mereka perlukan melalui situasi penyelesaian masalah. 

Terdapat pelbagai jenis sumber pembelajaran antaranya sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik serta sumber bercorak pengalaman. Walaupun sumber mudah diperolehi, tetapi ia tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi antaranya menggunakan sumber mengikut tahap kemahiran guru dan pelajar. 

 https://drive.google.com/file/d/1oki93VErogOlxgcqb_2O0_-cD7sbv41y/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments