KUMPULAN 4 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


Bagi topik ini, kajian dilakukan untuk menghuraikan aspek-aspek keselamatan dalam bilik pembelajaran, menerangkan strategi pengurusan bilik pembelajaran, serta menjelaskan kesan-kesan pengurusan bilik pembelajaran yang baik terhadap perkembangan murid. 

Bilik pembelajaran merupakan bilik selain daripada bilik darjah dan aspek pengurusan berbeza mengikut fungsi dan kegunaannya. Penting untuk mempunyai bilik pembelajaran yang baik, supaya guru dapat memberikan PdPc yang terbaik kepada pelajar dan pelajar dapat belajar dengan selesa. 

Sebagai contoh, bilik pembelajaran yang sering ada sekolah ialah makmal komputer, makmal sains, makmal geografi, bengkel reka bentuk dan teknologi dan banyak lagi. Kesemuanya mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu mengikut keperluan matapelajaran tersebut. 

Sekiranya pengurusan bilik pembelajaran berjalan dengan baik, ia dapat memberi kesan terhadap perkembangan pelajar. Sekiranya guru memberikan pembelajaran yang baik terhadap pelajar, ia dapat menimbulkan perasaan positif pelajar terhadap guru dan menimbulkan rasa hormat. 

Secara keseluruhannya, aspek keselamatan dalam pengurusan bilik pembelajaran masih perlu dipandang serius lebih-lebih lagi di makmal sains dan makmal komputer kerana melibatkan bahan yang berbahaya supaya tidak lagi berlaku kemalangan di kalangan pelajar. Guru perlu sentiasa satu langkah ke hadapan dalam menyusun strategi yang berkesan dalam bilik pembelajaran untuk memudahkan aktiviti PdP 



 https://drive.google.com/file/d/1JoBRbRjWFS4MTop9NQ_tH30TQQLxffka/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments