KUMPULAN 5 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Bagi kajian kali ini, 2 kaedah telah digunakan iaitu soal selidik dan kajian perpustakaan. Topik ini membincangkan mengenai pengurusan tingkah laku di mana dalam bidang pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku yang merosakan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam bilik darjah.

Terdapat pelbagai faktor berlakunya masalah tingkah laku ini. Antaranya ialah persekitaran, media massa, didikan agama, penderaan dan juga emosi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan 3 bentuk hukuman iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan ringan. 

Di dalam kajian ini juga ada membincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru berhadapan dengan pelajar yang bermasalah dimana guru tersebut perlu bersifat mesra dengan pelajar, bersikap positif, mempunyai sifat empati, bijak dan rasional serta banyak lagi. 

Sebagai kesimpulan, pengurusan tingkah laku amat penting dalam pentadbiran sekolah bagi menangani masalah tingkah laku murid. Hal ini kerana, kita perlu mencari punca berlakunya masalah tingkah laku yang dilakukan oleh murid kerana murid melakukan sesuatu perkara dengan bersebab. Selain itu, pihak sekolah perlu memikirkan cara terbaik menyelesaikan masalah tingkahlaku tersebut tanpa terus menjatuhkan hukuman terlebih dahulu. 



https://drive.google.com/file/d/1u5ltQ1LCuUHG0UoYVRxDYNeBa7losxC8/view?usp=sharing 

Post a Comment

0 Comments