KUMPULAN 6 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Objektif kajian kali ini ialah untuk membincangkan mengenai konsep penasihatan murid secara terperinci serta menghuraikan kesan-kesan sekiranya sekolah tidak menjalankan sistem penasihatan.

Konsep penasihatan murid terbahagi kepada beberapa perkara iaitu bimbingan dimana seseorang individu akan dibantu untuk memahami diri sendiri dan alam sekeliling serta menolong seorang individu membuat pilihan yang tepat. Penasihatan lebih fokus kepada masalah yang dihadapi, dimana cara penyelesaiannya ialah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Dan yang terakhir, mentoring iaitu proses memberi bimbingan,
sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu.

Namun, sekiranya sekolah tidak menjalankan sistem penasihatan murid ini, apakah kesannya? Pelbagai kesan negatif boleh berlaku antaranya ialah kemerosotan disiplin dan kemerosotan akademik pelajar. Dimana, pelajar akan menunjukkan tingkahlaku yang tidak baik, pelajar mengalami masalah dalam mencari identiti dirinya dan banyak lagi kesannya. Selain itu, sekolah juga dianggap tidak lengkap sekiranya tidak mengamalkan sistem penasihatan murid. Bukan itu sahaja, ia di anggap sebagai tiada sokongan moral kepada pelajar. Seorang pelajar sangat memerlukan sokongan moral dalam bentuk pujian dan kasih sayang terutama sekali dari ibu bapa dan guru. 

Kesimpulannya, pelajar memerlukan bimbingan, penasihatan dan mentoring bagi membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Namun cara pendekatan yang berbeza perlu digunakan supaya pelajar tahu masih ada pihak yang mengambil berat tentang mereka. 

https://drive.google.com/file/d/1GYEr9oDtj5wTGPFexIuPmcyosv83_JtB/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments