Bagi topik pengurusan pelbagai budaya, satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah masyarakat. Dalam konteks pendidikan pula pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras.
Di dalam topik ini ada membincangkan tujuan pendidikan pelbagai budaya. Ia bertujuan untuk meningkatkan pemahaman, meningkatkan perasaan kesedaran, meningkatkan pengetahuan, meningkatkan tolenrasi serta meningkatkan interaksi kefahaman.
Terdapat beberapa kepentingan dalam memahami kepelbagaian budaya bagi murid. Antaranya dari segi kepercayaan, penerapan nilai, norma dan sekatan.
Kesimpulannya, budaya yang pelbagai masih lagi dianggap sebagai tingkahlaku sosial yang terdapat di dalam masyarakat manusia. Pengajaran dan pengurusan pelbagai budaya di sekolah amat penting bagi memastikan budaya yang baik dapat dikekalkan dalam masyarakat. Selain itu, tugas ibu bapa sangat penting bagi memastikan anak-anak diberi pemahaman mengenai kepelbagaian budaya di sekeliling mereka supaya mereka dapat menerima budaya dan mencerminkan budaya yang baik. Akhir sekali, pendidikan pelbagai budaya amat baik bagi memastikan masyarakat mempunyai perasaan kesedaran toleransi, pemahaman dan pengetahuan agar mewujudkan masyarakat yang harmoni.
https://drive.google.com/file/d/1797weSQKWQqkQaZB4ME02VpbB3e-NN9j/view?usp=sharing
0 Comments