KUMPULAN 8 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA


Kajian ini dijalankan dengan melakukan 2 kaedah temubual iaitu menggunakan bahan-bahan daripada buku, jurnal, artikel dan juga kaedah temubual seorang guru. 

Berdasarkan hasil rujukan yang dilakukan, terdapat 6 kategori murid berkeperluan khas iaitu ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran dan kombinasi ketidakupayaan (iaitu mengalami lebih dari satu jenis ketidakupayaan). Masalah pembelajaran pula terdiri daripada pintar cerdas, autisme, sindrom down, ADHD dan disleksia. 

Menurut Dr Horward Gardner, kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata, tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor makanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pendidikan. Dan setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung kerana seseorang individu mungkin cemerlang dalam bidang kemahiran tetapi lemah dari segi akademik contohnya. 
Oleh sebab itu, penting untuk ibu bapa menyediakan kesemua perkara di atas untuk anak-anak supaya dapat memberikan kecerdasan yang terbaik untuk anak-anak. 

Kesimpulannya, guru perlulah memberi bantuan yang sewajarnya agar satu hari nanti generasi murid berkeperluan khas turut menjadi sumber tenaga terhadap perkembangan global dan sama-sama menjadi penyumbang kepada kemajuan negara. 

https://drive.google.com/file/d/1kLbkeAQfEVAtnzn0DGyA7foARRVhhltp/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments