KUMPULAN 9 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Bagi topik kali ini, membincangkan mengenai sekolah dan persekitaran. Di mana, kita mengkaji bagaimana hubungan di antara sekolah dan persekitarannya terjalin. 

Antara pihak persekitaran yang paling rapat dengan sekolah, tentulah pihak ibu bapa. Dan apabila bercakap mengenai ibu bapa, program yang paling sinonim ialah PIBG. Hasil kajian, di dapati penglibatan ibu bapa dalam program PIBG kurang memuaskan. Penglibatan ibu bapa dalam PIBG masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan. 

Banyak kesan positif yang dapat diperoleh sekiranya ibu bapa berikan kerjasama dalam penyertaan PIBG. Antaranya, ibu bapa dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan guru-guru disekolah tersebut, ibu bapa dapat berganding bahu dengan ibu bapa lain dan pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti disekolah anak mereka, serta dapat mengetahui perkembangan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Namun, sekiranya ibu bapa tidak menyertai PIBG, banyak kesan negatif boleh timbul. Antaranya, tidak mempunyai persefahaman dengan guru-guru, tidak akrab dengan ibu bapa pelajar lain, serta tidak tahu kekurangan atau masalah yang berlaku di sekolah (yang boleh menyebabkan berlakunya masalah pada pembelajaran anak-anak).

Sebagai kesimpulan, PIBG adalah untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid, agar mereka di sekolah berkenaan memperolehi faedah yang maksimum daripada kemudahan-kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Jadi, setiap ahli sepatutnya menghormati perjalanan PIBG dengan memberikan kerjasama yang teguh dengan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.


https://drive.google.com/file/d/1kLbkeAQfEVAtnzn0DGyA7foARRVhhltp/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments