KUMPULAN 10 : PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH



Bagi topik kali ini, kita bercakap mengenai pengurusan keselamatan sekolah. Sekiranya di sekolah, terdapat pelbagai kemalangan yang tidak diingini berlaku seperti terkena bilah pisau potong rumput, tingkap, kaca dan sebagainya. Dalam perkara ini, amalan keselamatan perkara yang perlu diambil berat oleh semua guru terutama sekali guru besar atau pengetua sekolah dimana mereka perlu memastikan keselamatan kawasan sekolah bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini berlaku. 

Antara kepentingan sistem pengurusan keselamatan di sekolah ialah mengawal pergerakan keluar masuk orang yang tidak dikenali di kawasan sekolah, menyediakan prasarana dan kawasan selamat dimana bangunan-bangunan dan padang diselenggara dengan baik supaya semua fasiliti dapat digunakan tanpa ada risiko kemalangan. 

Jadi sebagai rumusan, aspek keselamatan merupakan perkara yang amat penting bagi memastikan tidak  berlaku kecelakaan dan semua pihak haruslah peka dan mengambil langkah waspada dengan melakukan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Keselamatan ini perlu diberi perhatian tidak kira dimana-mana kawasan sekolah seperti pintu pagar, makmal, bilik darjah, padang dan dewan sekolah supaya keselamatan sekolah dan warga sekolah dalam keadaan terjamin.

Post a Comment

0 Comments