KUMPULAN 11 : PENGURUSAN PPDa


Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau ringkasnya PPDa merupakan salah satu program melibatkan pelajar anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan
di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial bagi mengurangkan
gejala seperti merokok, ponteng sekolah, melawan guru, mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah serta risiko gejala sosial di luar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak dan lari dari rumah.

Selain itu, terdapat juga AADK yang berperanan untuk mencegah dan membendung seseorang daripada terlibat dengan dadah, merawat dan memulihkan penagih dadah di pusat pemulihan dan memastikan bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dibanteras sebaik mungkin. 

Secara kesimpulannya, penubuhan Program PPDa ini seharusnya diadakan di setiap sekolah kerana program ini dapat menjadi langkah awal serta pendedahan awal dalam memberi pengetahuan, peringatan dan amaran kepada para pelajar mengenai bahaya dan akibat yang bakal diterima sekiranya terlibat dalam kegiatan dadah. Pelajar merupakan golongan terbesar dalam kategori belia yang merupakan golongan yang amat signifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam
membentuk generasi dan kepimpinan pada masa akan datang.

https://drive.google.com/file/d/182BUr0e36_rGauymE9ITB3AFwJlkvRG_/view?usp=sharing

Post a Comment

0 Comments